Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    150 keluarga terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi, Fizah HAB

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Sebanyak 150 buah keluarga yang kurang berkemampuan menerima sumbangan derma berupa hamper Ramadan di bawah Program Hamper Syawal Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) 2017 dan Kempen ‘Food Drive’ yang berlangsung di Ibu Pejabat MKM, Kompleks Melabau, Berakas, hari ini.

    Program dan kempen berkenaan telah berlangsung sejak 20 Mei yang lalu, di mana pihak MKM telah menerima beberapa sumbangan yang sangat menggalakkan daripada beberapa buah pihak untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

    Program dan kempen berkenaan juga dilaratkan ke kawasan luar bandar di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait.

    Antara keluarga yang menerima sumbangan derma berkenaan.
    Antara keluarga yang menerima sumbangan derma berkenaan.

    Presiden MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim pada masa yang sama juga menyampaikan hamper-hamper berkenaan kepada enam buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Menunggol hari ini.

    Sumbangan berkenaan adalah berupa pelbagai jenis makanan hidangan untuk Hari Raya Aidilfitri, beras dan wang tunai.

    MKM yang ditubuhkan pada tahun 2009 merupakan sebuah persatuan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan bagi menangani isu-isu kemasyarakatan, di samping bersama-sama dengan beberapa persatuan NGO lainnya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda