Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    150 klien Bank Baiduri hadiri seminar Baiduri Capital

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Seramai 150 orang klien Bank Baiduri menghadiri Seminar mengenai Pelaburan Saham Baiduri Capital yang berlangsung The Empire Hotel & Country Club, kelmarin.

    Seminar ini dihasratkan dapat memberi pengetahuan dan maklumat mendalam mengenai trend pasaran pelaburan pada masa ini di samping membantu menyediakan strategi pelaburan.

    Selain itu, para peserta seminar juga akan dapat sama-sama mempelajari mengenai ketidakpastian pasaran saham seterusnya berkongsi pemahaman yang lebih baik mengenai pelaburan, selain mereka juga diperkenalkan mengenai pelbagai produk supaya ia dapat mempelbagaikan profil pelaburan dalam membina masa depan kewangan yang kukuh.

    Melalui seminar itu, Baiduri Capital juga menawarkan pelbagai produk bagi membantu pelaburan seperti perdagangan saham, unit amanah dan produk yang berpendapatan tetap iaitu fixed income.

    Mohd Asri Ahmad berkongsi pengetahuan dalam pelaburan saham semasa Seminar Pelaburan Saham
    Baiduri Capital.
    Para pelanggan dan klien Bank Baiduri yang hadir di Seminar Pelaburan Saham Baiduri Capital di The Empire Hotel & Country Club.

    Seminar Pelaburan Saham itu menampilkan Mohd Asri Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mentor Pelaburan Saham Nombor Satu Malaysia yang berkongsi pengetahuan dalam pelaburan saham.

    Turut hadir ialah Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon serta pengedar berlesen dan perancang kewangan kanan berlesen Baiduri Capital.

    Sempena seminar berkenaan, Baiduri Capital turut memberikan tawaran kepada pelanggan yang membuat pelaburan di

    Bursa Saham Malaysia di mana mereka akan menikmati potongan 20 peratus komisen dan promosi ini sah sehingga 31 Disember 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda