Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    150 penuntut JIS tonton filem tempatan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Seramai 150 pelajar dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) yang mengambil pembelajaran Bahasa Melayu dan bahasa asing telah diberi tontonan khas filem tempatan yang bertajuk ‘Hari Minggu Yang Keempat’ bertempat di Empire Cinema, Jerudong, hari ini.

    Para pelajar yang terdiri dari Tahun 9, 10 dan 12 itu telah memberi banyak pujian kepada filem yang dihasilkan oleh Dayang Siti Kamaluddin itu.

    Selepas menyaksikan filem tersebut pelajar JIS memberi pujian di atas kandungan filem yang menggambarkan gaya hidup kampung dan masyarakat tempatan Brunei, selain mengetengahkan nilai penting kekeluargaan dan suasana perayaan Hari Raya yang sangat dihargai oleh para penonton JIS.

    Selepas tontonan khas tersebut, rombongan pelajar JIS yang diketuai oleh Ketua Bahasa Asia dari sekolah berkenaan, Melhan Adam turut mengadakan sesi dialog bersama dengan Dayang Siti Kamaluddin pada akhir tayangan filem.

    Seramai 150 pelajar JIS diberi kesempatan menyaksikan filem tempatan bertajuk ‘Hari Minggu Yang Keempat’ di Empire Cinema, Jerudong.
    Dayang Siti Kamaludin ketika berinteraksi dengan para pelajar JIS.

    Sesi dialog itu melibatkan perbincangan mengenai pengalaman dan halangan dalam menghasilkan filem yang dihadapi oleh Dayang Siti Kamaluddin dan kehidupan beliau semasa di universiti.

    Selain itu juga, pelbagai soalan diajukan oleh para pelajar yang ingin mengetahui mengenai karya beliau sebagai seorang pengarah filem.

    Pengalaman menonton itu merupakan komponen penting dalam pembelajaran di JIS yang direka untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajarnya dalam penggunaan kata dan penulisan dalam Bahasa Melayu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda