Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    150 Rohingya ditahan cuba lari ke M’sia

    YANGON, 24 MAC – Pihak berkuasa Myanmar telah menahan kira-kira 150 orang Rohingya yang disyaki cuba melarikan diri ke Malaysia, kata seorang pegawai kepada AFP, hari ini.

    Kumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak itu ditahan di perbandaran Thanbyuzayat di selatan Myanmar, kata pegawai itu, meminta namanya tidak disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

    Pegawai itu tidak menyatakan mengapa kumpulan berkenaan ditangkap, tetapi minoriti Islam itu berdepan sekatan ke atas perjalanan dalam Myanmar, di mana kumpulan hak asasi manusia mengatakan mereka hidup dalam keadaan seperti aparteid.

    “Mereka bersembunyi berdekatan dalam hutan berbukit antara dua kampung. Kami mula menahan mereka sejak lewat malam tadi selepas kami mendapat maklumat,” kata sumber keselamatan itu.

    Menurut laporan awal, kumpulan tersebut telah membuat perjalanan dengan bot dari negeri Rakhine barat dan merancang untuk pergi ke Thailand dan kemudian Malaysia melalui jalan darat, kata pegawai itu.

    Sebilangan orang bukan Rohingya yang disyaki memperdagangkan kumpulan itu turut ditahan, dan polis sedang mencari kira-kira 30 orang lagi, menurut sumber itu. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda