Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,500 CCTV akan dipasang di BKK

    KOTA KINABALU, 24 JAN – Sebanyak 1,500 kamera litar tertutup (CCTV) fasa pertama akan dipasang di kawasan strategik sekitar Bandaraya Kota Kinabalu (BKK) antaranya di sepanjang kawasan pantai, jalan raya tertentu dan kawasan perumahan yang berisiko.

    Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata usaha pemasangan CCTV itu kini sedang dalam perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan akan bermula tahun ini.

    Beliau berkata CCTV yang dilengkapi dengan Kecerdasan Buatan (AI) itu beroperasi melalui pusat arahan yang akan dikendalikan oleh pihak DBKK dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain bagi tujuan pemantauan.

    “CCTV itu akan memberikan maklumat ke pusat arahan dan akan zum ke CCTV mana yang mengeluarkan bunyi dan pergerakan luar biasa sebab kita dapati kecurian kabel elektrik disepanjang pantai Teluk Likas berlaku pada pukul 3 pagi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Kupi-Kupi Mayor Bersama Media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) sempena sambutan ulang tahun ke-25 Jubli Perak DBKK hari ini.

    Sabin berkata pemasangan CCTV itu juga adalah bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai, khususnya pelancong asing terjamin ketika mereka melawat Kota Kinabalu selain menjaga kebersihan kawasan sekitar bandar raya.

    Beliau berkata pemasangan CCTV itu akan dapat membantu dalam menangani isu kecurian serta kerosakan harta benda di sekitar Kota Kinabalu. – Bernama

    Datuk Seri Dr Sabin Samitah bercakap ketika temu ramah mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di pejabatnya Menara Hasil pada 12 April 2024. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda