Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    15,000 hilang tempat tinggal

    MANILA, Filipina, 8 Feb – Kira-kira 15,000 penduduk setinggan bersebelahan pelabuhan Manila kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran yang berlarutan semalaman sebelum api dapat dipadamkan hari ini, kata para pegawai.

    Pegawai jabatan bomba berkata, 1,000 rumah secara langsung terlibat dalam kebakaran tersebut, di mana beberapa keluarga sering berkongsi rumah-rumah kecil di sepanjang lorong-lorong sempit.

    Pegawai Bomba Edilberto Cruz berkata, tujuh orang mengalami kecederaan ringan dalam kebakaran yang berlaku malam tadi yang merebak dengan cepat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Asap masih kelihatan selepas api dipadamkan di kawasan perumahan yang terlibat dalam kebakaran di Manila, kelmarin. – AFP
    Asap masih kelihatan selepas api dipadamkan di kawasan perumahan yang terlibat dalam kebakaran di Manila, kelmarin. – AFP

    Tiga pusat pemindahan dibuka, dan makanan dan air telah diberikan kepada 3,000 keluarga yang kehilangan rumah mereka, kata pegawai kebajikan Regina Jane Mata.

    Tetapi sejam selepas kebakaran itu dipadamkan, kebanyakan mereka masih berkumpul di jalan raya yang berdekatan dengan barang-barang mereka, termasuk pakaian, mesin pencuci dan kipas elektrik.

    Kebakaran telah menyekat trak penghantaran pergi ke dan dari pelabuhan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda