Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    15,000 maut akibat cuaca panas di Eropah

    COPENHAGEN, 8 NOV – Sekurang-kurangnya 15,000 orang meninggal dunia di Eropah kerana cuaca panas pada 2022 setakat ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, dengan Sepanyol dan Jerman antara negara yang paling teruk terjejas.

    Tiga bulan dari Jun-Ogos adalah yang paling panas di Eropah sejak rekod bermula, dan suhu yang sangat tinggi membawa kepada kemarau terburuk yang pernah disaksikan di benua itu sejak Zaman Pertengahan.

    “Berdasarkan data negara yang dikemukakan setakat ini, dianggarkan sekurang-kurangnya 15,000 orang mati khususnya akibat cuaca panas pada 2022,” kata Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge dalam satu kenyataan.

    “Hampir 4,000 kematian di Sepanyol, lebih 1,000 di Portugal, lebih 3,200 di United Kingdom, dan sekitar 4,500 kematian di Jerman dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan sepanjang tiga bulan musim panas,” tambahnya.

    Angka itu dijangka meningkat apabila lebih banyak negara melaporkan lebihan kematian akibat cuaca panas.

    Kebanyakan tanaman layu di Eropah kerana musim kemarau yang ekstrem memacu rekod kebakaran hutan dan memberi tekanan teruk pada grid kuasa benua itu.

    Gelombang haba berturut-turut antara Jun dan Julai, yang menyaksikan suhu mencecah 40 darjah Celsius di Britain buat kali pertama, menyaksikan kira-kira 24,000 lebihan kematian di Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...