
COX’S BAZAR, Bangladesh, 1 Okt – Bangladesh dijangka akan memindah sekurang-kurangnya 15,000 pelarian Rohingya yang telah menetap di daerah bukit berhampiran sempadan dengan Myanmar ke sebuah kem, kata seorang pegawai tempatan hari ini.
Kebanyakan daripada setengah juta Rohingya yang telah tiba di tenggara Bangladesh dalam tempoh lima minggu lalu setelah melarikan diri daripada keganasan di Myanmar bersesak dalam kem yang telah muncul di tanah kerajaan.
Namun beribu-ribu pelarian Islam telah menetap di daerah Bandarban berhampiran, sebahagian daripada kawasan Bukit Chittagong, di mana penduduk asli melancarkan pemberontakan pemisah pada tahun 1980 dan 1990.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)