Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    150kg sampah dikutip di Pantai Muara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Lebih 150 kilogram (kg) sampah telah dikumpulkan semasa kempen pembersihan pantai anjuran AIA Brunei, baru-baru ini, sempena memperingati Hari Alam Sekitar Sedunia.

    Kempen yang diadakan di Pantai Muara dengan kerjasama Green Brunei itu adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif AIA One Billion.

    Inisiatif ini juga adalah komitmen AIA Brunei untuk melibatkan satu bilion orang di seluruh Asia untuk menjalani Hidup Lebih Sihat, Lebih Lama, Lebih Baik menjelang 2030.

    Turut menyertai kempen berkenaan ialah Pengurus Besar AIA, Kenneth Ling dan terdahulu kempen dilancarkan, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Pengasas Bersama Green Brunei, Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari.

    Acara tersebut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti pantai dan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Fitness Zone.

    Kempen itu turut disertai oleh 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan termasuk kakitangan AIA, penasihat, pelanggan, dan keluarga serta rakan-rakan mereka.

    Gambar ramai semasa kempen pembersihan pantai anjuran AIA Brunei, baru-baru ini. – Gambar serahan AIA
    Gambar serahan AIA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda