Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Seramai 151 orang pelajar memulakan pengajian Tahun 7 di Sekolah Menengah Katok (SMK) dengan menghadiri sesi orientasi yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, hari ini.
Sesi orientasi pelajar-pelajar baharu selama dua hari itu, diisi dengan sesi taklimat mengenai akademik dan pendaftaran, program Read for All, taklimat hal ehwal pelajar diikuti dengan penandatanganan Akta Pendidikan Wajib dan larangan membawa telefon
bimbit oleh ibu bapa atau penjaga pelajar baharu.
Para pelajar baharu turut melafazkan ikrar sekolah yang diketuai oleh Ketua Pengawas SMK.
Selain itu, para pelajar mengikuti beberapa aktiviti lain seperti SMK Growth Mindset dan Program Kesedaran Anti Buli, latihan lagu sekolah dan melawat sekitar sekolah.