Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    154 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Institut Sains Kesihatan PAPRSB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Sejumlah 154 pain darah telah dikutip dalam dua hari kempen derma darah yang dianjurkan oleh pelajar Tahun 2 Sains Bioperubatan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Kempen yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu diadakan di Ruang Legar Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS) pada 15 dan 16 Februari.

    Ia merupakan sebagai salah satu daripada projek komuniti untuk modul Hematologi dan Transfusi Darah.

    Pada hari pertama kempen, seramai 103 telah mendaftar untuk menderma darah namun hanya 75 pain darah berjaya dikumpulkan manakala pada hari kedua, 109 yang mendaftar dan 79 layak menderma darah setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum proses pendermaan darah.

    Kempen tersebut ditaja oleh Air Rainwater, Infusion by Seri Damai serta Dynamic Sports.

    Kempen turut dimeriahkan dengan kehadiran enam vendor antaranya Boost, The Coffee Bean & Tea Leaf, Dynamics Café, Grandmama by Bungakilanas, Mirza’s Churros dan Burgergar.

    Antara penderma yang memberi sokongan terhadap kempen berkenaan.
    Gambar beramai pelajar Tahun 2 Sains Bioperubatan, UBD.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda