Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    156 rekrut ABDB tamat latihan

    Oleh Normazlina M.D

    TUTONG, 28 April – Rukun Keamanan adalah amat penting dan perlu dipelihara serta diamalkan oleh setiap rekrut, iaitu memegang kuat ajaran agama, mematuhi undang-undang serta hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu.

    Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Pembangunan, Haji Muhd Lutfi bin Abdullah menekankan perkara ini semasa menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat pada Majlis Tamat Latihan Asas Ketenteraan di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Penanjong Garrison, pagi tadi.

    Dalam ucapannya tersebut, beliau memfokuskan terhadap pentingnya keamanan dalam pembangunan negara sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Awal Tahun Masihi 2017 yang lalu.

    “Ini kerana semua itu adalah nilai-nilai keBruneian yang patut diamalkan dan pertahankan untuk survival Negara Brunei Darussalam,” tekannya.

    ATAS & BAWAH: Haji Muhd Lutfi menyampaikan anugerah kepada rekrut-rekrut yang cemerlang.
    ATAS & BAWAH: Haji Muhd Lutfi menyampaikan anugerah kepada rekrut-rekrut yang cemerlang.

    p09-2_20170429Jurulatih dan rekrut-rekrut yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan dijalankan.

    Jurulatih dan rekrut-rekrut yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan dijalankan.

    Semasa perbarisan berjalan lalu dijalankan.
    Semasa perbarisan berjalan lalu dijalankan.

    Dalam pada itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada para rekrut yang berjaya menjalani latihan asas ketenteraan selama tujuh bulan yang wajar dihargai.

    Beliau berharap dengan latihan tersebut para rekrut akan dapat membentuk mereka menjadi individu yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, berintegriti dan mempunyai semangat kebangsaan yang kukuh bersandarkan nilai-nilai keBruneian.

    Seramai 156 orang anggota rekrut lelaki ABDB Pengambilan ke-158 telah menamatkan Latihan Asas Ketenteraan selama 31 minggu.

    Turut hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, pemerintah-pemerintah dan pemangku pemerintah angkatan tentera, komandan-komandan, para pegawai kanan, pegawai dan anggota ABDB serta ahli keluarga rekrut yang menamatkan latihan.

    Pada majlis itu, tetamu kehormat juga telah menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih dan rekrut-rekrut yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan dijalankan.

    Penerima-penerima tersebut ialah 17661 Koperal Mohd Zailani bin Sahlan sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik, 51970 Rek (L) Ahmad Azri Sallehin bin Haji Mohd Salleh bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan, 51909 Rek Mohd Nor Asrin bin Abdul Rahim sebagai Penembak Senjata Ringan Terbaik, 51846 Rek Mohd Bakri bin Yossli bagi Latihan Jasmani Terbaik, 51923 Rek (U) Khairul Amirul bin Mohd Adnani bagi Kemahiran Tentera Terbaik dan 15222 Sjn Hazman bin Haji Johari bagi Platun Sarjan Terbaik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda