JAKARTA, 31 MEI – Lebih 16.3 juta warga Indonesia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala lebih 10.5 juta orang telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing dengan menerima dos kedua.
Indonesia memulakan program vaksinasi sejak 13 Januari lepas, menggunakan vaksin jenis Sinovac dan AstraZeneca.
Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, setakat semalam Indonesia merekodkan sebanyak 1,816,041 kes positif COVID-19 keseluruhan dengan 50,404 maut. – Bernama