Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Jumlah zakat yang dikutip pada 2022 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 15.96 peratus berbanding 2021, yang mana pada 2022, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah mengutip sejumlah $21,910,607.48 berbanding $18,894,594.76 pada 2021. Manakala itu, bagi 2023, setakat Julai lalu, sekitar $16.8 juta telah berjaya dikutip iaitu