Friday, December 20, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 ahli terima pelantikan Pengakap Kelana

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Seramai 16 ahli Pasukan Pengakap Kelana 1101 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menerima Epaulet dan sijil pelantikan pada majlis penutup Perkhemahan Pasukan bagi sesi 2024/2025, baru-baru ini.

    Perkhemahan anjuran Pasukan Pengakap Kelana 1101 dari (KUPU SB) itu berlangsung selama tiga bermula dari 16 hingga 18 Disember di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan Epaulet dan Sijil pelantikan adalah Pengarah Pusat Ilmu Teras, KUPU SB, Haji Md Syahiran bin Haji Md Sofian.

    Antara lain tujuan utama perkhemahan ini adalah untuk membina keyakinan diri dalam kalangan ahli pengakap, serta menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, disiplin yang tinggi, dan semangat kerjasama di samping memenuhi syarat pengiktirafan sebagai Pengakap Kelana atau Rover Scout.

    Antara kegiatan yang telah dilalui oleh ahli-ahli pengakap sepanjang mengikuti perkhemahan berkenaan adalah sesi perbincangan dan pembentangan mengenai asas-asas berpengakap, aktiviti kawad dan kegiatan riadah.

    Ahli-ahli Pengakap Kelana KUPUSB yang baharu juga menjalani proses mengenal diri sebelum dilantik secara rasminya sebagai ahli pengakap kelana dalam majlis Istiadat Melantik Ahli Pengakap Kelana.

    Turut sama hadir sebagai jemputan daripada Persekutuan Pengakap Darussalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPNBD, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Awang Samsudin bin Haji Ahmad.

    Haji Md Syahiran menyampaikan Epaulet dan Sijil pelantikan kepada salah seorang peserta perkhemahan.
    Gambar ramai peserta perkhemahan bersama tetamu kehormat majlis – Gambar serahan KUPU SB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda