Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 anak yatim Kg Sg Hanching terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Seramai 16 orang anak yatim di Kampung Sungai Hanching telah menerima sumbangan daripada penderma dalam kalangan jemaah Masjid Kampung Sungai Hanching dan kawasan sekitarnya.

    Majlis penyampaian derma yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Hanching itu disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh mantan imam, Haji Ambrun bin Haji Awang, diikuti dengan penyampaian derma anak-anak yatim dan bantuan ihsan kepada penerima.

    Majlis penyampaian derma itu antara lain bertujuan meringankan beban mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba di samping menzahirkan rasa prihatin dalam membantu warga yang memerlukan.

    Gambar ramai anak-anak yatim pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Hanching. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja