Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 anak yatim menerima bantuan

    Oleh Efwad Rashyad

     

    SERAMAI 16 orang anak yatim berserta sembilan ketua keluarga telah menerima sumbangan derma daripada Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kawasan 1, Kampung Mentiri, baru-baru ini.

    Acara tersebut diteruskan lagi dengan acara berbuka puasa dan diadakan di kawasan kediaman ketua kampung berkenaan.

    Pengiran Haji Aliuddin bin Pengiran Haji Damit berharap sumbangan yang diberikan itu akan dapat membantu meringankan lagi bebanan penerima semasa di bulan Ramadan ini dan seterusnya sama-sama ceria merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Ketua Kampung RPN Mentiri ketika menyampaikan derma kepada salah seorang anak-anak yatim.

    “Sumbangan ini merupakan program tahunan yang mengumpulkan anak-anak yatim di kawasan ini sebagai tanda prihatin kepada mereka,” jelas Ketua Kampung Kawasan 1, RPN Kampung Mentiri semasa majlis itu berlangsung.

    Beliau berasa yakin dengan adanya majlis sedemikian akan dapat membantu mengeratkan lagi hubungan mesra penerima dengan penduduk-penduduk kampung yang hadir bagi sama-sama meraikan mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda