Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 anak yatim terima sumbangan dalam majlis khatam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC –Seramai 16 anak yatim dari Kampung Madang dan Kampung Manggis 1 dan 2, telah menerima sumbangan derma dalam Majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim 2025 yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis Madang kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan derma itu adalah ahli Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, selaku penasihat ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh peserta khatam.

    Manakala bacaan takhtim dan tahlil dipimpin oleh Bilal Awang Razman bin Haji Ramlee yang juga memimpin bacaan Doa Khatam.

    Majlis turut diserikan dengan dikir Marhaban dan diikuti dengan bacaan doa selamat dan Doa Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Imam Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Haji Kamsani.

    Di majlis itu, tetamu kehormat turut menyampaikan sumbangan derma kepada lima orang anak yatim dari Kampung Madang, manakala 11 anak yatim dari Kampung Manggis 1 dan 2.

    Majlis berkenaan dianjurkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit.

    Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili yang hadir selaku tetamu kehormat.
    Antara jemaah wanita yang menyertai majlis berkenaan.
    Atas & Bawah: Antaraa anak-anak yatim yang menerima sumbangan daripada tetamu kehormat.

    Sesi bergambar ramai ketika majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda