Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Seramai 15 penolong pegawai balai dan seorang ahli bomba kanan telah dinaikkan pangkat dan diraikan pada Majlis Penyampaian Tanda Pangkat yang diadakan di Mes pegawai, Dewan Serba Guna Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.
Hadir menyempurnakan penyampaian tanda pangkat kepada para pegawai berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Awang Abdul Hadi Zulfadli bin Haji Yahya.
Antara penolong pegawai balai yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan pegawai balai itu ialah Penolong Pegawai Balai Mohamad bin Mohd Salleh, Penolong Pegawai Balai Omar bin Haji Mohd Alli, Penolong Pegawai Balai Pengiran Zaffri bin Pengiran Haji Tuah, Penolong Pegawai Balai Mohammad Isa bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Balai Mohd Helmi bin Abdullah, Penolong Pegawai Balai Abdul Mazid bin Haji Mohammad, Penolong Pegawai Balai Haji Jublee bin Haji Abdul Jalil, Penolong Pegawai Balai Mohammad Firdaus bin Yusoff, Penolong Pegawai Balai Haji Othman bin Matusoff, Penolong Pegawai Balai Roberd anak Uja, Penolong Pegawai Balai Rinald bin Tingng, Penolong Pegawai Balai Haji Mohammad bin Ibrahim, Penolong Pegawai Balai Nurfilzah binti Abdullah Mokti, Penolong Pegawai Balai Noraini binti Kabin dan Penolong Pegawai Balai Razidah binti Awang Rashid. Manakala, Ahli Bomba Kanan Haji Sharul Kamal Arrieffin bin Haji Yahya telah dinaikkan pangkat sebagai penolong pegawai balai. Majlis tersebut juga dihadiri oleh para pegawai kanan, pegawai dan anggota serta kakitangan JBP serta ahli-ahli keluarga para pegawai.