MEXICO CITY, 11 JUN – Jabatan Pertahanan Mexico berkata kelmarin bahawa 16 askar akan dibicarakan atas tuduhan ketenteraan berkaitan dengan pembunuhan lima lelaki di bandar sempadan Mexico Nuevo Laredo bulan lepas.
Jabatan itu berkata, 16 askar itu ditangkap pada Khamis lepas dan akan ditahan di penjara tentera di Mexico City sementara menunggu perbicaraan di hadapan tribunal tentera. Tentera tersebut telah didakwa melanggar ‘disiplin ketenteraan’.
Jabatan itu berkata perbicaraan itu akan diteruskan secara bebas, daripada sebarang pertuduhan yang mungkin dibawa oleh pendakwa awam.
Di bawah undang-undang Mexico, sebarang penderaan oleh tentera yang melibatkan orang awam mesti melalui mahkamah awam, tetapi pertuduhan berasingan boleh difailkan di tribunal tentera. – AP
