Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    16 atlet muay Thai jalani latihan di Bangkok

    KOTA BHARU, 21 MAC – Pembukaan sempadan negara pada 1 April ini, memberikan nafas baharu kepada persediaan atlet muay thai kebangsaan yang sedang membuat persiapan menghadapi Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei depan.

    Presiden Persatuan Muaythai Malaysia (PMM), Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi berkata pihaknya akan menghantar atlet kebangsaan untuk menjalani latihan intensif di Bangkok, Thailand pada 2 April ini.

    “Kita dapat lihat prestasi atlet sedikit menurun berbanding sebelum ini. Berikutan pembukaan semula sempadan negara, 16 atlet kebangsaan akan dihantar ke Bangkok untuk menjalani latihan di sana.

    “Mereka kemudian terus bertolak ke Hanoi dari Bangkok untuk menyertai Sukan SEA,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kejohanan Muaythai Elit Senior dan Junior Kebangsaan 2022 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini, semalam.

    Muhammad Shahnaz berkata selain sesi latihan di Bangkok, atlet kebangsaan akan turut menyertai Kejohanan Muaythai Dunia di Abu Dhabi pada 25 April depan, sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA.

    “PMM menyasarkan satu pingat emas pada Sukan SEA nanti,” katanya.

    Mengenai Kejohanan Muaythai Elit Senior dan Junior Kebangsaan 2022 yang disertai 400 atlet, Muhammad Shahnaz melahirkan rasa syukur kerajaan negeri Kelantan mengambil insiatif menganjurkan pertandingan itu.

    “Ketiadaan kejohanan memberi kesan dari segi prestasi atlet dan sebagainya, namun dengan bantuan kerajaan negeri Kelantan yang bersetuju menjadi tuan rumah kejohanan itu pada tahun ini, amat melegakan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...