Tuesday, February 25, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 buah kereta sertai konvoi IBT sempena HK-41

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Dalam memupuk semangat perpaduan dan bersatu padu, kelab Independent Bimmer Team (IBT) tidak ketinggalan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-41 dengan mengadakan aktiviti konvoi sejauh 95 kilometer.

    Disertai sebanyak 16 buah kenderaan jenama BMW, konvoi berkenaan bermula dari tempat letak kereta Dewan Kemasyarakatan Tutong menuju ke Pantai Seri Kenangan Tutong dan seterusnya berakhir di Pantai Serasa.

    Antara matlamat dan tujuan konvoi ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik sejajar dengan tema hari kebangsaan pada tahun ini iaitu Bersatu Mencapai Cita Negara.

      Antara suasana semasa konvoi berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda