Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 bungkusan sampah dikutip di Pantai Meragang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Satu kempen membersihkan pantai telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Institut Sains Kesihatan (IHSCC) dengan kolaborasi Eksekutif Kepimpinan dan Inovasi (ELI) dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah diadakan di Pantai Meragang baru–baru ini.

    Kempen berkenaan disertai seramai 43 pelajar yang terdiri daripada 18 ahli IHSSC dan ELI serta 25 pelajar UBD.

    Kempen dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti sesi pemanasan badan dan pembahagian kumpulan.

    Dalam masa satu jam kempen berlangsung,  sebanyak 16 bungkusan sampah telah berjaya dikumpul. Bungkusan-bungkusan sampah yang mengandungi bahan buangan seperti plastik, tin, botol kaca, bekas makanan, dan sisa lain kemudiannya dihantar ke tempat pembuangan sampah.

    Kempen diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mohammad Ersyad bin Sudirman, dan kata penutup oleh Nur Liyana Syazwani binti Sulaiman.

    Kempen berkenaan diadakan dengan tujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dan memelihara kebersihannya di kalangan para peserta. Kejayaan kempen berkenaan menyumbang kepada usaha pemulihan alam sekitar di peringkat tempatan dengan mengurangkan sisa plastik dan pencemaran lain.

     Antara suasana semasa kempen berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN IHSSC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda