Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 cedera dalam gempa bumi Jepun

    TOKYO, 19 JUN – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Jepun, mencetuskan amaran tsunami yang kemudian dibatalkan tanpa sebarang laporan hari ini mengenai kerosakan teruk dan hanya sebilangan mangsa cedera ringan.

    Agensi meteorologi negara telah memberi amaran kelmarin tentang ombak satu meter mungkin melanda pantai Laut Jepun, utara Tokyo, namun hanya riak kecil setinggi 10cm telah direkodkan.

    Agensi membatalkan makluman tsunami sekitar dua jam setengah selepas gempa dengan pihak berkuasa tempatan mengatakan kepada AFP, kira-kira 16 cedera selepas gempa bumi itu.

    Gempa bumi didaftarkan enam dalam skala Jepun, yang boleh meningkat kepada ukuran maksimum tujuh dan dirasakan di bandar itu, yang jauhnya lebih 300km. Jabatan Geologi AS merekodkan gempa itu berukuran 6.4 magnitud. – AFP

    Penduduk berkumpul di tempat perlindungan di Bandar Murakami, Wilayah Niigata pada 19 Jun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda