Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 cedera dalam letupan pangsapuri

    STOCKHOLM, 28 SEPT – Sekurang-kurangnya 16 orang cedera, termasuk empat cedera parah dalam satu letupan yang melanda sebuah bangunan pangsapuri di bandar Sweden Gothenburg awal hari ini, menurut pihak berkuasa.

    Anggota kecemasan menambah letupan tidak kelihatan seperti satu kemalangan, di sebuah negara yang telah mengalami puluhan pengeboman dikaitkan dengan geng penjenayah ganas dalam beberapa tahun ini.

    Ambulans, trak bomba dan kru kecemasan mengerumuni tempat kejadian pada pagi ini tatkala asap tebal berkepul-kepul keluar dari bangunan, gambar televisyen menunjukkan.

    Punca letupan, yang mencetuskan kebakaran besar dalam bangunan selepas ia berlaku sebelum pukul 5 pagi di tengah Gothenburg, masih tidak diketahui, beritahu polis kepada AFP.

    “Tapak kejadian telah ditutup dan operasi menyelamat telah dilancarkan,” kata Hans-Jorgen Ostler, jurucakap media untuk polis serantau Sweden.

    “Sebaik sahaja bangunan dijamin selamat, kami akan memulakan siasatan teknikal untuk menentukan punca kebakaran dan letupan,” tambah Ostler.

    Akhbar tempatan GP memetik sumber polis sebagai berkata mereka percaya peranti letupan mungkin telah diletakkan di salah satu ambang pintu.

    Ketua operasi menyelamat John Pile memberitahu AFP sementara siasatan perlu dilancarkan, ‘satu letupan di kawasan perumahan atau letupan pada amnya bukan bersifat semula jadi.’ – AFP

    Anggota bomba bekerja di tapak letupan dalam bangunan pangsapuri di Annedal di tengah Gothenburg, Sweden kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda