Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    16 dicekup, kegiatan judi tumpas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan bantuan Unit Siasasatan Khas dan Unit Pecah Rumah dan Pecah
    Kereta, JSJ, telah berjaya menahan 16 orang lelaki warga asing, terdiri daripada warganegara Bangladesh, Indonesia dan Malaysia bersama wang berjumlah $9,439.80, S$14.00 dan RM2.00 semasa serbuan yang dijalankan di sebuah rumah sewa, semalam.

    Sehubungan itu juga, beberapa orang suspek telah melarikan diri melalui longkang besar di belakang rumah tersebut.

    Kegiatan perjudian di kawasan Mukim Kilanas semalam juga turut merampas peralatan-peralatan yang digunakan untuk kegiatan judi jenis katam-katam termasuk kain katam, tempat mengisi buah dadu (kong) bersama dadunya.

    Kesemua tahanan telah dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk pemeriksaan kesihatan dan seterusnya di tahan untuk siasatan lanjut.

    Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 4, iaitu kesalahan pengendalian tempat perjudian yang membawa hukuman denda $20,000 dan penjara 12 bulan, manakala di bawah seksyen 6 (1) kesalahan bermain judi membawa hukuman denda $10,000 dan penjara 6 bulan, Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28.

    Kerjasama orang ramai serta agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dalam menyalurkan maklumat adalah sangat berkesan dan membolehkan operasi pembanterasan aktiviti yang menyalahi peraturan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Antara warga asing yang dicekup setelah didapati melakukan kegiatan judi, semalam. – Gambar serahan PPDB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...