BEIJING, 30 SEPT – Sebuah mahkamah di China kelmarin menjatuhkan hukuman mati terhadap 16 anggota sebuah kumpulan jenayah yang menubuhkan pusat penipuan di wilayah Kokang, Myanmar, berhampiran sempadan dengan China, selain terlibat dalam pelbagai jenayah lain.
Pusat penipuan itu berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar yang tidak terkawal, dikendalikan oleh warga asing, kebanyakannya dari China, yang mendakwa mereka telah diperdagangkan dan dipaksa menipu orang ramai secara dalam talian, sebahagian daripada industri haram bernilai berbilion-bilion dolar.
Beijing telah meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk membanteras pusat-pusat tersebut, dan ribuan orang telah dihantar pulang ke China. – AFP


