Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 hakim musabaqah Al-Quran terima sijil

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Seramai 16 orang hakim yang dilantik bagi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi baru-baru ini telah menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaian Sijil kepada Hakim-hakim Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi di Dewan Muzakarah, Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Musabaqah membaca Al-Quran tersebut sempurna dilaksanakan selama tiga malam berturut-turut iaitu 24, 25 dan 26 Syawal 1446 bersamaan 22, 23 dan 24 April 2025 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Pemakluman keputusan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi telah diumumkan pada hari ketiga musabaqah oleh pengerusi jemaah hakim musabaqah, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Urusan Haji, KHEU, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

    Turut hadir, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar, serta ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan KHEU.

    Haji Mohammad Rosli bergambar ramai bersama barisan hakim musabaqah membaca Al-Quran yang diraikan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Haji Mohammad Rosli menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda