Thursday, March 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 jatuh sakit akibat daging kisar dicemari salmonella

    NEW YORK, 26 JULAI – Sekurang-kurangnya 16 orang, termasuk enam yang dimasukkan hospital, jatuh sakit berpunca daripada daging lembu kisar yang dicemari salmonella di empat buah negeri di timur laut Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai kesihatan persekutuan kelmarin.

    Pusat Pengawalan dan Pencegahan penyakit berkata orang ramai jatuh sakit telah dilaporkan di New York, New Jersey, Connecticut dan Massachusetts.

    Daging lembu kisar adalah satu-satunya persamaan makanan yang dilaporkan semasa penularan itu.

    Mereka yang jatuh sakit mengingati apa yang mereka makan dan di mana mereka membelinya melaporkan 80 peratus memakan daging lembu kisar tanpa lemak yang dibeli dari kedai ShopRite di Connecticut, New Jersey dan New York.

    Tiada penarikan balik telah dikeluarkan, dan siasatan sedang dijalankan, menurut agensi.    

    Jumlah sebenar mereka yang sakit berkemungkinan lebih tinggi daripada yang dilaporkan, dan penularan tidak hanya terhad kepada negeri yang penyakit itu dikesan.

    Ramai yang telah pulih daripada sakit tanpa bantuan ubat-ubatan dan tidak menjalani ujian keracunan salmonella.- AP

    Sekurang-kurangnya 16 orang, termasuk enam yang dimasukkan hospital, jatuh sakit berpunca daripada daging lembu kisar yang dicemari salmonella di AS.- AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda