Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    16 keracunan makan daging, keju tercemar

    WASHINGTON, 10 NOV – Wabak keracunan makanan dikaitkan dengan daging dan keju di kedai deli telah menyebabkan 16 orang jatuh sakit, termasuk seorang meninggal dunia, kata pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) semalam.

    Kebanyakan mereka dimasukkan ke hospital dan seorang wanita mengalami keguguran, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Penyakit itu wujud sejak April tahun lalu dengan laporan terbaharu diterima pada 29 September, menurut agensi.

    Ramai melaporkan memakan daging atau keju dari kaunter deli di mana penyiasat mengesan bakteria listeria dalam bungkusan daging hiris dan udara di kawasan persekitaran.

    Bakteria itu ditemui di dua lokasi NetCost Market di New York, tetapi pegawai kesihatan berkata ia tidak mungkin satu-satunya sumber wabak listeria disebabkan beberapa pesakit tidak membeli di kedai tersebut.

    Mereka yang terjejas berasal dari New York, Maryland, Massachusetts, Illinois, New Jersey dan California. Kematian dilaporkan di Maryland, kata CDC.

    Seramai 11 di antara mereka yang jatuh sakit datang dari Eropah Timur atau bertutur Rusia dan penyiasat berusaha untuk mencari sebabnya.

    NetCost menutup sementara deli di kedainya di Brooklyn pada tahun lalu selepas pegawai kesihatan New York memberitahu syarikat itu bahawa tiga orang dijangkiti listeria selepas mereka memakan makanan dari sana.

    Selepas menjalani pembersihan, tidak ada listeria dikesan. Namun pada September, strain wabak itu ditemui semula di pasar yang sama. – AP

    Gambar mikroskop elektron serahan Pusat Kawalan dan Pencegahan menunjukkan bakteria Listeria, bertanggungjawab terhadap keracunan makanan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...