Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 komando elit India terbunuh

    MUMBAI, 1 Mei – Satu serangan bom oleh pemberontak Maois membunuh 16 komando elit India hari ini, kata polis, kejadian keganasan terbaharu yang berlaku ketika pilihan raya dalam pemberontakan berdekad-dekad lamanya.

    “Maois menyerang sekumpulan komando yang berkunjung dalam sebuah kenderaan persendirian untuk memeriksa serangan sebelumnya. Setakat ini, 16 orang telah terbunuh,” beritahu seorang pegawai di ibu pejabat polis di negeri barat Maharashtra kepada AFP.

    “Lebih banyak kumpulan telah pun dihantar ke tapak untuk operasi menyelamat dan menempur,” kata pegawai, yang tidak mahu memberikan namanya.

    India sedang mengadakan pilihan raya dan serangan oleh pemberontak Maois, yang aktif di beberapa negeri, sering meningkat ketika rakyat negara membuang undi.

    Pegawai polis kedua memberikan angka kematian dalam kejadian terbaharu di rantau Gadchiroli Maharashtra pada 15 orang.

    “Maois membakar lebih daripada 30 buah kenderaan di Gadchiroli hari ini pada pukul 12:30 tengah hari. Dalam pengeboman lain, 15 pegawai keselamatan terbunuh dan operasi menyelamat diteruskan untuk memastikan kerosakan,” kata pegawai polis, Gadchiroli Prashant Dute kepada AFP.

    Tentera India telah bertempur menentang pemberontak Maois selama beberapa dekad di beberapa kawasan, dalam satu pemberontakan yang telah membunuh berpuluh ribu orang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda