Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 kura-kura terancam diberi penjagaan istimewa

    PHILADELPHIA, 21 OGOS – Sebanyak 16 ekor kura-kura barat Santa Cruz yang sangat terancam diberi penjagaan istimewa pada acara Zoo Philadelphia, kelmarin.

    Pakar penjagaan haiwan yang telah mengawasi 16 kura-kura itu sejak ia bertelur dengan menjaga haiwan itu di laluan berhampiran habitat kura-kura zoo. Anak kura-kura tersebut dikatakan makan dan membesar dengan baik.

    Anak kura-kura itu melalui beberapa siri penetasan tahun ini dari Mommy dan Abrazzo, pasangan yang dianggarkan kedua-duanya berusia kira-kira 100 tahun. Mommy tiba di zoo pada tahun 1932, tetapi tidak menetaskan telur sehingga Abrazzo dibawa masuk hampir lima tahun lalu dari Zoo dan Taman Riverbanks di Columbia, Carolina Selatan. Sebanyak 16 anak kura-kura itu adalah keturunan pertamanya.

    “Kini haiwan ini, yang telah berada di Philadelphia sejak 1932, akan berada di sini selama 100 tahun lagi kerana anak-anaknya kini menjadi sebahagian daripada koleksi kami,” kata Pengarah Herpetologi Zoo, Lauren Augustine.

    Empat anak kura-kura betina yang menetas awal musim bunga itu dinamakan sempena watak dalam rancangan televisyen, Golden Girls. Manakala tiga jantan lagi telah menetas April lalu dan ia diikuti oleh penetasan telur kali kedua Mommy, yang terdiri dari tiga anak kura-kura betina pada Jun lalu dan enam jantan lagi pada musim panas ini.

    Mommy dan Abrazzo merupakan spesies tertua di Zoo Philadelphia dan dilihat sebagai sangat berharga. – AP

    Gambar menunjukkan anak kura-kura Santa Cruz yang sangat terancam dipamerkan di Zoo Philadelphia pada 20 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda