Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 masjid, balai ibadat terima sumbangan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 MAC – Kumpulan Syarikat Serikandi telah menyampaikan sumbangan berbentuk air botol mineral dan kurma kepada 16 masjid-masjid dan balai-balai ibadat di Daerah Belait, hari ini.

    Majlis yang diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam itu telah dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed selaku tetamu kehormat majlis dan dialu-alukan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.

    Turut hadir ialah wakil syarikat tersebut, Shaikh Ahmed Khairi bin Shaikh Haji Khalid; Pemangku Ketua Pegawai Ugama Belait, Awang Mohammad Noorsuffian bin Haji Yahya dan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

    Pemangku Pegawai Daerah Belait dan Shaikh Haji Khalid menyerahkan sumbangan kepada wakil dari masjid dan balai ibadat di Daerah Belait, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda