Wednesday, September 18, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 maut, 40 cedera selepas lori tangki meletup

    MEXICO CITY, 15 SEPT – Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada kelmarin mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain, menurut pihak berkuasa perlindungan awam serantau.

    Laporan awal mendedahkan bahawa letupan berlaku ketika orang ramai cuba mengumpul bahan api secara haram daripada tangki itu selepas kemalangan di kawasan Calbassier, Nippes, lapor Xinhua.

    Ramai yang cedera parah dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan, menurut pegawai.

    Perdana Menteri Haiti, Garry Conille berkata di media sosial bahawa pasukan perlindungan awam dan kesihatan awam sedang membantu mangsa. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda