WASHINGTON, 16 MAC – Lebih belasan orang terkorban apabila ribut kuat dan puting beliung melanda kawasan luas di bahagian tengah dan selatan Amerika Syarikat (AS) sepanjang malam, lapor agensi berita Jerman (dpa) kelmarin, memetik media tempatan.
Cuaca lebih buruk dijangka berlaku.
Sekurang-kurangnya 16 orang maut, termasuk 10 di negeri Missouri, menurut laporan media. NBC melaporkan tiga kematian di negeri Arkansas.
Di Amarillo, Texas, tiga orang maut dalam kemalangan jalan raya akibat ribut debu tebal, menurut pihak berkuasa pengangkutan tempatan.
Agensi cuaca AS, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) memberi amaran mengenai ribut yang dijangka berlaku sepanjang hari. Menurut agensi itu, beberapa puting beliung kuat berkemungkinan melanda negeri-negeri di sepanjang Pantai Teluk pada sebelah petang dan malam. – Bernama
