Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 maut bas dihempap tanah runtuh di Pakistan

    PESHAWAR, PAKISTAN, 19 OKT – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka dihempap tanah runtuh di kawasan pergunungan utara Pakistan lewat kelmarin.

    Bas berkenaan dalam perjalanan dari Rawalpindi, dekat Islamabad, ke bandar Skardu, kata pegawai kanan kerajaan, Anas Iqbal dalam satu kenyataan.

    “Tanah runtuh di Tungus Skardu menyebabkan 16 penumpang bas tertimbus di bawah runtuhan,” menurut kenyataan itu sambil menjelaskan kesemua mayat mangsa ditemui anggota penyelamat.

    Bagaimanapun jurucakap kerajaan tempatan, Faizullah Faraq mengatakan jumlah kematian membabitkan 14 orang. Pakistan, antara negara yang mencatatkan rekod terburuk kemalangan jalan raya dengan pelbagai pihak mendakwa keadaan jalan yang teruk, penyelenggaraan kenderaan yang tidak teratur dan pemanduan merbahaya menyumbang kepada kes kematian.

    Kawasan pergunungan utara di negara itu mempunyai rekod kemalangan yang sangat mengerikan dengan jalan yang tidak berturap di sepanjang tebing, sekali gus sering menjadi lokasi kemalangan maut sejak bertahun lalu. – AFP

    Gambar rakaman dari telefon menunjukkan orang ramai dan penyelamat di tapak tanah runtuh di daerah Skardu, utara Gilgit-Baltisan, Pakistan kelmarin. Seramai 16 maut dalam kejadian tanah runtuh menghempap bas yang dalam perjalanan dari Rawalpindi. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda