16 maut bas mini terjun gaung di Iran

TEHRAN, 2 SEPT – Seramai 16 orang terbunuh dan 12 lagi cedera di barat Iran hari ini apabila sebuah bas mini terjunam ke dalam gaung, menurut laporan televisyen negara Iran.

Laporan mengatakan kemalangan berlaku di wilayah Kurdish di kawasan Kodestan pada lewat petang ini.

Menurut laporan itu, 12 yang cedera dihantar ke hospital di bandar Sanandaj untuk rawatan. Helikopter penyelamat dan sebuah bas ambulan serta enam lagi ambulans dikerahkan bagi operasi menyelamat di tempat kejadian. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melaporkan punca kemalangan, mengatakan ia masih disiasat. – AFP