Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 maut dalam nahas bas

    SRINAGAR, India, 16 Julai – Kira-kira 16 penganut Hindu terkorban dan lebih ramai lagi yang cedera hari ini dalam nahas bas di utara India, kata polis, beberapa hari selepas lelaki bersenjata menembak mati lapan penganut yang membuat lawatan sama.

    Bas itu terjunam ke dalam gaung di Jammu dan Kashmir, negeri di mana ratusan penganut Hindu membuat perjalanan tahunan ke gua Himalaya yang dianggap sebagai tempat suci tuhan Shiva mereka.

    “Seramai 16 orang disahkan maut, 19 cedera parah dengan lapan yang lain cedera ringan,” kata pasukan polis negeri dalam satu kenyataan hari ini.

    Beberapa mangsa yang mengalami cedera teruk telah diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter, sementara yang lain dibawa ke klinik tempatan untuk menerima rawatan, kata polis.

    Buat kali kedua dalam masa seminggu, Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah kepada para penganut yang terkorban semasa dalam perjalanan suci itu. – AFP

    Polis India dan penduduk tempatan membawa mangsa cedera dan yang terkorban dari tapak kemalangan bas di daerah Ramban, kira-kira 140km dari Jammu pada 16 Julai. – AFP
    Polis India dan penduduk tempatan membawa mangsa cedera dan yang terkorban dari tapak kemalangan bas di daerah Ramban, kira-kira 140km dari Jammu pada 16 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda