Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    16 maut letupan di Afghanistan

    KABUL, 26 Mei – Sekurang-kurangnya 16 terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam empat insiden letupan yang menggegarkan Kabul dan Mazar-i-Sharif kelmarin, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

    Di Kabul, sekurang-kurangnya lima jemaah terbunuh dan 17 lagi cedera selepas letupan menggegarkan sebuah masjid ketika solat Maghrib di Kolola Pushta.

    Kejadian berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat di Masjid Hazrat-e-Zekria, kata jurucakap polis, Khalid Zadran di Twitter.

    Letupan berlaku kira-kira sejam selepas tiga letupan berturur-turut berlaku di Mazar-i-Sharif, meragut sembilan nyawa dan mencederakan 15 yang lain, kata jurucakap polis wilayah itu, Mohammad Asif Waziri. Tiga bas menjadi sasaran dalam insiden itu.

    Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...