Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 16 OGOS – Sebanyak 16 pain darah telah dikumpulkan sebagai sebahagian daripada kempen derma darah yang dianjurkan oleh Sepakat Energy Services Sdn Bhd di Rasau Business Park, kelmarin.
Kempen yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan itu melibatkan kakitangan dari Sepakat Energy Services Sdn Bhd dan syarikat bersekutu mereka iaitu Deepwater Australasia Pty Ltd, Presserv SES Sdn Bhd dan SPHI K Subsea (B) Sdn Bhd.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat berharap dapat menggalakkan budaya memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan yang bergantung kepada darah.


