Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 pegawai PPDB dinaikkan pangkat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 16 pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dinaikkan pangkat yang berkuat kuasa mulai 9 Jun.

    Majlis meraikan para pegawai berkenaan yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat PPDB, Gadong itu telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Pemangku Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin bersama Pemangku Yang Dipertua Pekerti, Datin Sabrina binti Abdullah.

    Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, PPDB, Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, bersama Dayang Nur Akmalia binti Lt Kol (B) Awang Iskandar.

    Majlis juga disertai oleh para pengarah, timbalan pengarah, pegawai pemerintah dan ketua-ketua formasi PPDB.

    Daripada 16 pegawai yang dinaikkan pangkat, dua jawatan Penguasa Kanan Polis (SNR.SUPT) dinaikkan ke Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), seorang pegawai Penguasa Polis (SUPT) menjadi Penguasa Kanan Polis (SNR.SUPT), tujuh Timbalan Penguasa Polis (DSP) ke Penguasa Polis (SUPT), manakala enam Penolong Penguasa Polis (ASP) ke Timbalan Penguasa Polis (DSP).

    Majlis diserikan dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO S/Sgt 6472 Muhd Yusri bin Haji Abu Bakar, dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    GAMBAR SERAHAN PPDB
    ATAS & BAWAH : DCP Dato Seri Pahlawan Sulaiman semasa menyampaikan tanda kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai kanan PPDB. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda