Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 pelajar, 13 guru dihargai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Seramai 16 orang pelajar dan 13 orang guru dari Sekolah Arab Temburong telah menerima sijil dan cenderahati pada Majlis Penganugerahan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi Sanah 6 tahun 2023 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, hari ini.

    Majlis diadakan bagi menghargai usaha dan kejayaan para pelajar serta guru di samping menyuntik semangat pelajar-pelajar Sanah 6 yang akan menduduki peperiksaan PSR pada tahun ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan juga menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pelajar dan guru yang diraikan ialah Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Guru Besar Sekolah Arab Temburong, Awang Morsidi bin Haji Awang Tuah dalam ucapan alu-aluannya menghargai usaha para ibu bapa dalam misi pendidikan duniawi dan ukhrawi serta sokongan berterusan dalam memastikan kejayaan perlaksanaan program tahunan sekolah.

    Majlis juga diserikan dengan persembahan patriotik dan lakonan oleh pelajar-pelajar bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 bagi tahun 2024.

    Turut hadir ialah rombongan pegawai dari JPI, para ibu bapa serta pelajar sekolah berkenaan.

    Awang Morsidi menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pelajar Sanah 6 tahun 2023 sekolah berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda