Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Seramai 16 orang pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah berlepas ke Indonesia bagi mengikuti program Borneo Youth Leadership Camp 2023 yang akan berlangsung pada 15 hingga 30 Julai depan di Universitas Mulawarman Samarinda.
Antara Pelajar yang dihantar oleh KUPU SB bagi program berkenaan ialah Awang Muhammad Afiq Johan dan Awang Muhammad Ahmad Mahee bin Haji Samry dari Program Sarjana Muda Perguruan Ugama (Bahasa Arab), Dayang Rasyidah binti Shahrani dan Dayang Nur Haziqah binti Mohd Salleh dari Program Sarjana Muda Perguruan Ugama Pendidikan Islam, Dayang Nurul Amal Atikah binti Abdul Khalid dari Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Pendidikan Islam dan Awang Ahmad Raziqin bin Rosli dari Program Diploma Seni Al-Quran.
Program berkenaan diharapkan dapat mengembangkan potensi diri dan kepimpinan pelajar selain menambah pengetahuan intelek.
Sepanjang program berkenaan, para pelajar akan terlibat dalam program kepimpinan, kuliah umum serta aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan.
Ia juga akan melibatkan pelajar KUPU SB dengan aktiviti kemasyarakatan di peringkat serantau dan pada masa yang sama bergiat aktif bersama belia-belia luar negara dalam
menjaga keindahan alam semula jadi.


