Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 sertai kursus jurulatih tempatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Seramai 16 peserta bimbingan yang memiliki lesen sijil A atau B telah mengikuti Kursus Pendidik Pelatih Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Rumah NFABD.

    Tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk mengembangkan para pendidik dan tenaga pengajar jurulatih yang berpotensi di negara ini serta untuk menghasilkan lebih banyak jurulatih yang berkelayakan serta berpengetahuan bagi sama-sama membangun kejurulatihan di kelab bola sepak Brunei Darussalam.

    Di samping itu, kursus berkenaan juga berfungsi untuk mengembangkan mentor yang berpotensi serta mempunyai atribut yang tepat untuk menyokong jurulatih di kelab dan membantu mengembangkan permainan.

    Sesi bergambar ramai bersama para peserta yang menyertai kursus berkenaan. – Gambar serahan NFABD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda