Sunday, July 7, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    16 syarikat bawa jemaah haji secara haram dilucutkan lesen

    KAHERAH, 23 JUN – Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly, mengarahkan 16 syarikat pelancongan dilucutkan lesen dan mengheret pengurus syarikat terbabit ke pejabat pendakwa raya kerana membawa jemaah haji ke Mekah secara haram.

    Arahan itu dibuat selepas banyak negara melaporkan lebih 1,100 kematian yang kebanyakannya disebabkan oleh suhu tinggi semasa mengerjakan haji tahun ini.

    Awal minggu ini, diplomat Arab memberitahu AFP, 658 kematian adalah dalam kalangan rakyat Mesir, 630 daripadanya jemaah haji tidak berdaftar.

    Presiden Abdel Fattah El-Sisi telah mengarahkan supaya ‘sel krisis’ yang diketuai oleh Madbouly membuat susulan ke atas kematian jemaah haji Mesir.

    “Perdana Menteri mengarahkan lesen syarikat-syarikat ini dibatalkan, pengurus mereka dirujuk kepada pendakwa raya dan dikenakan denda sebagai pampasan kepada keluarga jemaah haji yang meninggal dunia disebabkan mereka,” kata Kabinet Mesir dalam satu kenyataan.

    Jemaah haji menggunakan payung untuk melindungi diri mereka daripada matahari ketika mereka tiba untuk melontar jamrah pada 18 Jun. – AP

    Peningkatan bilangan kematian dalam kalangan jemaah Mesir yang tidak berdaftar berpunca daripada beberapa syarikat ‘menganjurkan perjalanan haji menggunakan visa lawatan peribadi, yang menghalang pemegangnya daripada memasuki Mekah’ melalui saluran rasmi.

    Kenyataan kabinet berkata lebih 50,000 rakyat Mesir menyertai haji secara rasmi dan terdapat ‘31 kematian akibat penyakit kronik’.

    Jumaat lalu, seorang pegawai kanan Arab Saudi mempertahankan pengurusan haji kerajaan Teluk itu.

    Permit haji diperuntukkan kepada negara mengikut sistem kuota dan diagihkan kepada individu melalui ‘loteri’.

    Malah, bagi mereka yang boleh menda-patkannya, kos yang tinggi mendorong ramai jemaah untuk mencuba menunaikan haji tanpa permit, walaupun mereka berisiko ditangkap dan dihantar pulang sekiranya ditahan oleh pasukan keselamatan Arab Saudi.

    Laluan tidak teratur yang boleh menjimatkan ribuan dolar jemaah, menjadi semakin popular sejak 2019 apabila Arab Saudi memperkenalkan visa pelancongan am yang memudahkan ramai jemaah memasuki negara Teluk. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...