Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 tentera maut dalam kemalangan jalan raya

    NEW DELHI, 23 DIS – Enam belas orang tentera maut di timur laut terpencil di India hari ini, selepas trak tentera yang dinaiki terbabas ketika menuruni cerun gunung yang curam dan terbabas, menurut kenyataan pihak tentera.

    Kemalangan di negeri Sikkim itu berlaku ketika trak membawa tentera di kawasan pergunungan berhampiran sempadan China.

    “Misi menyelamat segera dijalankan, dan empat orang anggota tentera yang cedera sudah dibawa menggunakan helikopter,” kata komander tentera India dalam satu kenyataan, dan mengesahkan tiga orang pegawai dan 13 orang tentera meninggal dunia selepas mengalami cedera parah.

    Negeri Sikkim mempunyai beberapa batang jalan altitud tinggi paling berbahaya di India, terutama di sepanjang sempadan terpencil Himalaya dengan Tibet. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda