Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    16 terbunuh dalam pertelingkahan tanah

    PESHAWAR, 16 MEI – Kira-kira 16 orang terbunuh dalam pertelingkahan tanah sejak beberapa dekad antara dua puak di barat laut yang kaya dengan arang batu di Pakistan, menurut polis tempatan, hari ini.

    Pihak polis berkata, puak Akhorwal melepaskan tembakan ke arah puak Suni Khel dari kedudukan tinggi kelmarin, setelah puak Suni Khel menandakan sempadan wilayah mereka di kawasan pergunungan Darra Adam Khel, kurang 100 kilometer (60 batu) dari sempadan Afghanistan .

    “Puak-puak tersebut dilengkapi dengan senjata api dan dalam masa beberapa minit pertempuran ganas telah mengakibatkan ramai mangsa terkorban,” kata seorang pegawai kanan polis, Farhan Khan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -