Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    16 tersenarai dalam Alert List

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Sebanyak 16 individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Januari 2023.

    Dalam kenyataannya, BDCB menerangkan Alert List BDCB adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    Alert List BDCB yang dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    BDCB juga menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, untuk berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak di lesen atau dikawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang BDCB, www.bdcb.gov.bn atau Instagram @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    BDCB akan terus mementingkan kestabilan kewangan Negara Brunei Darussalam dan mengutamakan pelindungan sistem kewangan dan kepentingan pengguna kewangan di negara ini.

    BDCB juga akan terus memantau sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan atau tidak berlesen di negara ini.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak berlesen boleh menghubungi BDCB di talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel, fci@bdcb.gov.bn.

    Alert List BDCB JAn 2023

    1. Asrihafiz HA (FB profile);
    2. Roopchand Tanwar (FB Profile):
    3. Good Hope (FB Profile) (8112811);
    4. Refinance Loan Brunei (IG profile) (7258399) / refinance_loan / refinance_loan.brunei (Bgn Desa Delima, Jalan Serusop, Bandar Seri Begawan BB4513);
    5. Bank Loan Settlement & Loan / Personal Loans & ngurusma (8115653 / 7638523);
    6. Emergn Personal Loan / emergn.money_loans.s (IG profile) (8240523);
    7. FB Fillah (8617606);
    8. Shima Eshop (FB Profile) (8970147);
    9. Team SKK (+60 16-374 4105),
    10. Loan Agency BND (IG profile) (7261157);
    11. Loan Personal Brunei Darussalam (7231444),
    12. Loan Sinar Berusaha (IG profile) (+62 853 5325 9692);
    13. Loan Syariah Brunei Darussalam (FB profile) (7270619);
    14. Loan Trusted Brunei Darussalam / Loanloan trusted Brunei Darussalam (8242580);
    15. HSB Trade Invastment / HSB Traders Investment / 8608127; serta
    16. Loan Trusted.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...