Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    16 warga Sri Lanka maut dalam perang Ukraine

    COLOMBO, 15 MEI – Sekurang-kurangnya 16 orang askar upahan Sri Lanka telah terbunuh dalam pertempuran antara Rusia dan Ukraine, kata timbalan menteri pertahanan negara itu, hari ini.

    Puluhan ribu askar Rusia telah terbunuh di Ukraine sejak pencerobohan bermula lebih dua tahun lalu dan Moscow sedang dalam usaha global untuk mendapatkan lebih banyak tentera. Askar dari negara jiran serantau Sri Lanka, India dan Nepal juga telah mendaftar untuk menyertai pertempuran sejak tahun lalu, dengan beberapa kematian disahkan dalam pertempuran daripada warga kedua-dua negara.

    Sri Lanka membuka siasatan minggu lalu mengenai merekrut warganya untuk konflik yang telah mengenal pasti penyertaan 288 pesara tentera dari negara itu, kata timbalan menteri pertahanan, Pramitha Tennakoon.

    “Kami telah mengesahkan maklumat mengenai 16 yang telah terbunuh,” katanya kepada wartawan di Colombo.

    Tennakoon tidak menyatakan pihak mana yang telah disertai oleh mereka.

    Tetapi ahli parlimen parti pemerintah Gamini Waleboda memberitahu parlimen pada Isnin bahawa kebanyakannya telah direkrut untuk berperang bersama tentera Rusia. Mereka yang menyertai telah ditipu dengan janji palsu iaitu mereka akan diberikan gaji yang tinggi dan diberi pekerjaan bukan berperang, kata Waleboda.

    Tennakoon berkata pengambilan rakyat Sri Lanka dianggap sebagai syarikat memperdagangkan manusia dan menggesa pegawai tentera supaya tidak menjadi mangsa kepada usaha pemerdagangan itu.

    Kerajaan Sri Lanka juga sedang berbincang dengan kedua-dua kementerian luar Ukraine dan Rusia untuk menjejaki warga Sri Lanka di kedua-dua negara dan membawa mereka pulang dengan selamat. – AFP

    Seorang askar Sri Lanka menurunkan bendera negara sebagai sebahagian daripada upacara harian di persiaran Galle Face Green di pada 14 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...