Friday, April 11, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,600 pelancong Indonesia dijangka lawat Terengganu tahun ini

    JAKARTA, 11 JAN – Pemain industri pelancongan Malaysia dan Indonesia berhasrat membawa masuk sekurang-kurangnya 1,600 pelancong dari Indonesia ke Terengganu tahun ini dengan memperkenalkan pakej percutian murah.

    KRDC Travel Sdn Bhd, Kembara Resort dan dua agensi pelancongan Indonesia, Habibi Tours dan Travel4All akan bekerjasama dalam aktiviti pelancongan susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).

    Penandatanganan MoU disaksikan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Junus Suhid di pejabatnya di Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan kelmarin.

    Junus berkata pakej percutian itu selari dengan usaha pihaknya untuk menggalakkan pelancong Indonesia ke Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan dan murah.

    “Kerjasama pihak yang terlibat menyasarkan untuk menarik 1,600 pelancong Indonesia dengan anggaran sekitar 200 pelancong sebulan antara Mac dan Oktober,” katanya.

    Di bawah MoU itu, agensi pelancongan KRDC Travel melantik Habibi Tours dan Travel4ALL untuk memasarkan pakej percutian murah ke Terengganu di pasaran Indonesia berharga 1.7 juta rupiah atau sekitar RM500 seorang.

    Pakej empat hari tiga malam yang diselia penyediaan kemudahan penginapan, Kembara Resort di Merang termasuk makanan, bot untuk island hoping dan lawatan ke Kampung Redang.

    Menurut Junus, Terengganu yang terletak di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia memiliki keunikan sejarah, kebudayaan, kepelbagaian makanan, beberapa masjid dan monumen Islam yang indah. – Bernama

    Gambar The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda